Friday, 14 October 2011

Resepi Sedap Nyaman & Enak oww ! ( Spaghetti sauce )


Bahan:
10 biji tomato segar dan masak ranum
1 biji bawang besar, potong dadu kecil-kecil
2 ulas bawang putih, ditumbuk atau dicincang halus -
2 sb butter, untuk menumis
2 sb tomato puree
sedikit dried oregano

250g daging cincang (optional)
1 jug air, untuk renihkan sos
garam dan gula

perasa aji no moto secukup rasa ( biasanya secubit je)


Cara:
1. Celur semua tomato dalam air panas mendidih selama 1 minit, kemudian rendamkan dalam air sejuk berisi ais sekejap. Kupas kulitnya dan buang bijinya. Ambil 7 biji tomato tadi dan blend dengan sedikit air hingga smooth. Ketepikan.

2. Baki tomato dicincang dan ketepikan.

3. Cairkan butter dalam periuk. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu, tapi jangan sampai hangus. Masukkan tomato blend, tomato cincang dan sedikit air. Biarkan mendidih sebentar, kemudian perlahankan api dan renihkan selama 40 minit . Masukkan air jika nampak kering.

4. Masukkan daging cincang dan 

masak hingga daging empuk.

5. Masukkan tomato puree, perasakan dengan garam dan gula. Masukkan sedikit dried oregano . Biarkan ia masak kejap, kemudian tutup api. Sedia untuk digunakan sebagai base pizza, lasagna, spaghetti atau makan dengan bruschetta.


Note:
- Tomato yang dicelur dalam air panas mendidih dan kemudian direndam dalam air ais sejuk lebih mudah dikupas kulitnya supaya kuah nanti tidak berketul dan enak dimakan.

No comments:

Post a Comment